Friday, 28 October 2011

BAB 4 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU


1. Keazaman Parameswara membentuk Kerajaan sendiri
i. cuba membebaskan Palembang dari Majapahit dan melarikan diri ke Temasik akibat diserang oleh  
   Majapahit
ii. Diselamatkan oleh Temagi, pemerintah Temasik tetapi membunuh Temagi, kerana hendak menjadi 
   pemerintah Temasik. Parameswara mendakwa Temasik pernah menjadi naungan Palembang.
iii. Dibantu oleh orang Laut yang berasal dari Bentan, Temasik dan Lingga(mengikut laporan Tome Pires)
2. Kemajuan Kesultanan Melaka (daripada perkampungan nelayan menjadi pelabuhan antarabangsa)
a. Keberkesanan sistem pentadbiran / kepimpinan / kebijaksanaan pemerintah /kewibawaan dan 
    berwawasan.
b. menghantar ufti kepada Siam untuk mengelakkan ancaman.
c. menyediakan kemudahan urusniaga dan pelabuhan menyimpan barang dan mengumpul hasil keluaran.
d. memperkenalkan cukai berpatutan (keutamaan) - pedagang Cina tidak perlu membayar cukai sebaliknya 
    memberi hadiah dan pedagang India membayar 6% cukai manakala pedagang Arab 3% (berdasarkan 
    hubungan antara pemerintah).
e. pengeluaran surat kebenaran untuk berurus niaga kepada pedagang (surat ini memudahkan urusan 
    perdagangan dan memberi sumber pendapatan kepada Melaka).
f. menubuhkan angkatan laut yang kuat (orang laut) untuk menjamin keamanan
g. beras diimport masuk dari Siam ke Melaka tanpa cukai untuk menampung keperluan makanan / penduduk.
h. kedudukan yang strategik membawa kemajuan Melaka.
- bukit-bukau sesuai untuk panduan kapal dan sebagai kubu pertahanan
- terdapat pokok api-api dan bakau untuk ketahanan (Rahmat / kesyukuran daripada Tuhan )
- laut yang dalam dan pantai terlindung (tetapi tiada tanah subur atau hasil laut).

i. Kesan hubungan diplomatik dengan China akibat lawatan Laksamana Yin Ching dan Cheng Ho (Melaka 
   dilindungi / keselamatan terjamin / penghantaran ufti ditamatkan dan bebas daripada ancaman Siam dan 
   Majapahit. Perdagangan meluas antara Negara China dan Melaka)
j. Mengubal Undang-undang Laut yang berkesan untuk menjaga keamanan.

4. Pembesar Melaka

Bendahara
- Pemangku Sultan/Perdana Menteri
- Penasihat Raja
- Ketua Hakim
- Ketua Angkatan Perang Muar dan Bentan

Bendahari - Urusetia Istana
- memungut hasil/ufti
- Ketua Syahbandar Sening Ujung dan Kampar

Temenggung - Ketua Polis/Hakim darat
- Ketua Protokol Istana

Laksamana - Ketua Angkatan Laut
- Ketua Duta/utusan
- Pengawal Peribadi Raja Temasik

Syahbandar
- Urus cukai
- Keselamatan pedagang
- Mengawal sistem timbangan Sungai Raya dan Siantan

Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

1. Pelabuhan Awal (entreport ) / Kerajaan Maritim (tertumpu di muara sungai / mahir membina kapal / pusat 
    perdagangan).

i. Kedah Tua di Tanah Melayu, Kuala Selinsing, Santubong,Srivijaya, Majapahit maju kerana keberkesanan 
   pentadbiran yang sistematik.
ii. tiada pengeluaran hasil tempatan / tiada tanah subur atau hasil bumi.
iii. dipengaruhi agama Hindu – Buddha melalui kegiatan perdagangan.
2. Palembang, Majapahit dan Melaka
- berkembang menjadi pusat perdagangan dan menguasai perdagangan India-China
- pentadbiran yang sistematik
3. Srivijaya berkembang
a. menyebarkan agama Hindu ke Champa, Angkor, Majapahit
b. mendapat bahan mentah seperti rempah-ratus secara penaklukan dan berhubung dengan penduduk di 
    pedalaman

c. mempunyai pentadbiran diraja, tentera dan daerah.
d. Menguasai perdagangan di Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa dengan menakluk 
kerajaan-kerajaan lain.
4. Kerajaan Agraria (negara pertanian dan penternakan) - seperti  Angkor dan Funan di pedalaman.

Bab 2 ZAMAN PRASEJARAH


1. Kajian sejarah penting untuk :
- Mengenali budaya
- Menerokai tamadun
- Menghargai khazanah
- Memupuk perasaan cinta kepada negara.

Zaman Ciri-ciri

Paleolitik mempunyai peralatan batu, kubur lama, lukisan lama di Gua Niah di
Sarawak, Bukit Jawa, Kota Tampan dan Manusia Perak di Gua Gunung
Runtuh di Perak, Tingkayu di Sabah. Hidup berpindah-randah.
Neolitik mencipta barang perhiasan, peralatan tembikar, berdagang secara tukar
barang (Sistem Barter)
Logam peralatan logam (gangsa / besi) dan mula berdagang(pelabuhan / sungai)

Bab 1 SEJARAH DAN KITA

Sumber Sejarah (perlu dibuat taksiran, pemilihan, pertimbangan dan penyelidikan saintifik untuk membuktikan kebenaran / mempunyai sebab dan akibat)

1. Sumber Pertama / primer memberi gambaran tentang perabadan sesebuah masyarakat.
a. artifak / monumen / bahan tinggalan sejarah terdapat di Tapak Bandar Kedah Tua dan Candi Lembah 
    Bujang.
b. manuskrip, surat khabar sezaman (disimpan di Arkib Negara)
c. batu bersurat di Kuala Terengganu ( menunjukkan tarikh  kedatangan Islam dan penemuan tembaga purba 
    pada kurun ke-13 dengan tulisan al-Quran) 06
d. Dairi / Buku harian, surat peribadi, minit-minit mesyuarat dan fail rasmi kerajaan.
2. Sumber Kedua / sekunder (fakta yang telah diolah / diterbitkan) - Laporan, majalah, jurnal, risalah, kajian 
    dan ensiklopedia. 08
3. Kaedah mendapat sumber sejarah
i. Kaedah LISAN (temubual, ucapan) tiada kebenaran atau kesahihan dan diragui kerana ditokok tambah 
   dan mempunyai mitos, dongeng dan lagenda.
ii. Kaedah BERTULIS penulisan ahli sejarah dahulu seperti manuskrip.
iii. Kaedah ARKEOLOGI (cari gali) Sumber sebenar, seperti: fossil, batu bersurat dan artifak di gua.