Friday, 28 October 2011

BAB 5 KEGEMILANGAN MELAKA

1. Kesan Hubungan Diplomatik denganChina (Hasil lawatan Laksamana Yin dan Cheng Ho).
a. penghantaran ufti ke Siam ditamatkan
b. Raja Melaka dapat pengiktirafan daripada Raja China (sepesalinan baju sutera, cop mohor dan payung 
     kuning). Negara China mendapat perdagangan di Selat Melaka. Kedaulatan terjamin.
c. Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan
d. dilindungi oleh China (keselamatan negeri terjamin). Bebas daripada ancaman Siam dan Majapahit. 

2. Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca di Kepulauan Melayu kerana merupakan :
a. bahasa rasmi Melaka
b. bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu

3. Perluasan kuasa Melaka oleh Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah
a. Kedah, Pattani, dan Beruas secara sukarela menjadi jajahan takluk Melaka.
b. campur tangan politik di negara Parsi sebagai rakan setaraf ( menolong Parsi mengalahkan Aru dan 
     menumpaskan golongan perampas takhta). 
c. penaklukan ke Tanah Melayu, Riau-Lingga, dan pantai timur Sumatera dengan mengarahkan pentadbiran  
    kawasan pegangan ini kepada pembesar sendiri untuk mendapatkan sokongan taat setia kepada Sultan.
d. perkahwinan politik ke Pahang, Kedah, Kampar, Siak, dan Jambi
e. menakluk Siak dan Kampar untuk mengawal pengeluaran emas.
4. Ketokohan Bendahara Tun Perak
a. Berwibawa dan cekap dalam tugasnya
– Digelar pelantik raja kerana berkuasa dalam pemilihan raja.
b. tidak menderhaka walaupun anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad. Akibatnya, Raja 
    Muhammad dibuang ke Pahang menjadi Sultan Pahang kerana Raja Muhammad tidak akan di pilih oleh 
    Tun Perak sebagai waris Sultan Melaka.
c. kepentingan negara melebihi keperluan keluarga dengan mengarahkan tenteranya membawa bersama 
    keluarga ke medan perang untuk menaikkan semangat perjuangan tentera.
d. bijak dan cekap menghadapi serangan dengan mengikat beratus-ratus obor-obor pada pokok kelapa 
    untuk menakutkan tentera Siam(kemantapan strategi yang bijak) 
5. Undang-undang Laut Melaka
a. pegawai kiwi, jurubatu dan malim adalah pembantu nakhoda.(nakhoda ialah raja di laut).
b. menyebabkan perniagaan berjalan lancar, selamat dan pelabuhan diurus dengan baik.
6. Hukum Kanun Melaka
a. hak istimewa Raja
b. tanggungjawab raja dan pembesar
c. unsur Islam dalam pentadbiran
7. Sultan Alauddin Riayat Syah – kepimpinan melalui teladan dengan meronda pada waktu malam untuk menjaga keamanan / keselamatan.
8. Penyebaran Islam oleh Melaka oleh Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah secara:
a. penaklukan
b. perdagangan (galakkan kepada pedagang asing)
c. askar upahan digalakkan
d. perkahwinan politik putera-puteri ke Pahang, Kedah, Siak dan Kampar
e. pendakwahan oleh ulama
9. Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah sangat berminat dalam persoalan agama.
- menghantar pembesar ke Parsi untuk mendapatkan jawapan tentang agama.
10. Institusi Kesultanan Melaka
a. bertanggungjawab mengembangkan agama Islam di Melaka. 05/06
b. Istana dijadikan tempat pertemuan ulama, tempat perbincangan, menterjemahkan kitab Islam dan 
     mempelajari agama Islam.
c. Islam menjadi agama rasmi dan tulisan Arab dijadikan tulisan Jawi.
11. Melaka juga digelar “Serambi Mekkah”
- tempat belajar urusan menunaikan Haji sebelum ke Mekkah.
12. Islam datang ke Melaka secara :
a. Perkahwinan
b. Pendakwahan
c. Perdagangan
13. Agama Islam mudah diterima kerana
a. Layanan istimewa daripada pemimpin
b. Keutamaan diberi kepada saudara sejagat
c. Prinsipnya mudah difahami

No comments:

Post a Comment