Friday 28 October 2011

Bab 1 SEJARAH DAN KITA

Sumber Sejarah (perlu dibuat taksiran, pemilihan, pertimbangan dan penyelidikan saintifik untuk membuktikan kebenaran / mempunyai sebab dan akibat)

1. Sumber Pertama / primer memberi gambaran tentang perabadan sesebuah masyarakat.
a. artifak / monumen / bahan tinggalan sejarah terdapat di Tapak Bandar Kedah Tua dan Candi Lembah 
    Bujang.
b. manuskrip, surat khabar sezaman (disimpan di Arkib Negara)
c. batu bersurat di Kuala Terengganu ( menunjukkan tarikh  kedatangan Islam dan penemuan tembaga purba 
    pada kurun ke-13 dengan tulisan al-Quran) 06
d. Dairi / Buku harian, surat peribadi, minit-minit mesyuarat dan fail rasmi kerajaan.
2. Sumber Kedua / sekunder (fakta yang telah diolah / diterbitkan) - Laporan, majalah, jurnal, risalah, kajian 
    dan ensiklopedia. 08
3. Kaedah mendapat sumber sejarah
i. Kaedah LISAN (temubual, ucapan) tiada kebenaran atau kesahihan dan diragui kerana ditokok tambah 
   dan mempunyai mitos, dongeng dan lagenda.
ii. Kaedah BERTULIS penulisan ahli sejarah dahulu seperti manuskrip.
iii. Kaedah ARKEOLOGI (cari gali) Sumber sebenar, seperti: fossil, batu bersurat dan artifak di gua.

No comments:

Post a Comment