1. Keazaman Parameswara membentuk Kerajaan sendiri
i. cuba membebaskan Palembang dari Majapahit dan melarikan diri ke Temasik akibat diserang oleh
Majapahit
ii. Diselamatkan oleh Temagi, pemerintah Temasik tetapi membunuh Temagi, kerana hendak menjadi
pemerintah Temasik. Parameswara mendakwa Temasik pernah menjadi naungan Palembang.
iii. Dibantu oleh orang Laut yang berasal dari Bentan, Temasik dan Lingga(mengikut laporan Tome Pires)
2. Kemajuan Kesultanan Melaka (daripada perkampungan nelayan menjadi pelabuhan antarabangsa)
a. Keberkesanan sistem pentadbiran / kepimpinan / kebijaksanaan pemerintah /kewibawaan dan
berwawasan.
b. menghantar ufti kepada Siam untuk mengelakkan ancaman.
c. menyediakan kemudahan urusniaga dan pelabuhan menyimpan barang dan mengumpul hasil keluaran.
d. memperkenalkan cukai berpatutan (keutamaan) - pedagang Cina tidak perlu membayar cukai sebaliknya
memberi hadiah dan pedagang India membayar 6% cukai manakala pedagang Arab 3% (berdasarkan
hubungan antara pemerintah).
e. pengeluaran surat kebenaran untuk berurus niaga kepada pedagang (surat ini memudahkan urusan
perdagangan dan memberi sumber pendapatan kepada Melaka).
f. menubuhkan angkatan laut yang kuat (orang laut) untuk menjamin keamanan
g. beras diimport masuk dari Siam ke Melaka tanpa cukai untuk menampung keperluan makanan / penduduk.
h. kedudukan yang strategik membawa kemajuan Melaka.
- bukit-bukau sesuai untuk panduan kapal dan sebagai kubu pertahanan
- terdapat pokok api-api dan bakau untuk ketahanan (Rahmat / kesyukuran daripada Tuhan )
- laut yang dalam dan pantai terlindung (tetapi tiada tanah subur atau hasil laut).
i. Kesan hubungan diplomatik dengan China akibat lawatan Laksamana Yin Ching dan Cheng Ho (Melaka
dilindungi / keselamatan terjamin / penghantaran ufti ditamatkan dan bebas daripada ancaman Siam dan
Majapahit. Perdagangan meluas antara Negara China dan Melaka)
j. Mengubal Undang-undang Laut yang berkesan untuk menjaga keamanan.
4. Pembesar Melaka
Bendahara
- Pemangku Sultan/Perdana Menteri
- Penasihat Raja
- Ketua Hakim
- Ketua Angkatan Perang Muar dan Bentan
Bendahari - Urusetia Istana
- memungut hasil/ufti
- Ketua Syahbandar Sening Ujung dan Kampar
Temenggung - Ketua Polis/Hakim darat
- Ketua Protokol Istana
Laksamana - Ketua Angkatan Laut
- Ketua Duta/utusan
- Pengawal Peribadi Raja Temasik
Syahbandar
- Urus cukai
- Keselamatan pedagang
- Mengawal sistem timbangan Sungai Raya dan Siantan
No comments:
Post a Comment