Friday, 28 October 2011

BAB 7 JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAKA

1. Faktor-faktor kebangkitan Johor (kurun ke-16&17 ) kerana
a. kejatuhan Potugis di Melaka
b. kemerosotan Acheh
c. persahabatan dengan Belanda (Belanda memberi keistimewaan perdagangan di Selat Melaka kepada Johor kerana membalas jasa Johor membantu Belanda menyerang Potugis di Melaka)
d. kecekapan/kebijaksanaan pemerintah Johor
e. kekuatan angkatan perang

2. Perang Tiga Segi (selama 100 tahun)
a. antara Johor, Portugis dan Acheh yang hendak merebut perdagangan di Selat Melaka
b. Ibu negeri Johor berpindah sebagai strategi peperangan kerana ancaman luar. Ibu kota Johor berpindah untuk mengelakkan serangan Acheh dan Portugis.(Sayung Pinang , Johor Lama,  Kota Tinggi  Batu Sawar)
c. Perang Tiga Segi berakhir apabila Johor bergabung dengan Belanda dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka.
d. Hasilnya, perdagangan Johor maju kerana Belanda memberi keistimewaan perdagangan kepada Johor.
3. Orang Bugis menguasai Johor secara berkahwin dengan puteri Johor, mencampuri urusan pentadbiran Johor dan menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.

No comments:

Post a Comment