Friday, 28 October 2011

BAB 11 SABAH


1. Bajau di Sabah
a. penunggang kuda yang cekap / pahlawan berani
b. suka amalan bergotong-royong
c. mengamalkan upacara ngeduang (bertukar-tukar makanan pada Hari Raya).

2. Pribumi Ekonomi Kadazan Menanam padi
Bajau Pelaut, nelayan
Rungus Petani
3. Kegiatan Ekonomi di Sabah dipengaruhi oleh kedudukan geografi / bentuk muka bumi.
09
4. Pendidikan Sabah mementingkan kemahiran asas untuk berdikari seperti mendaki,
memburu dan memanjat.
5. Ketua Kampung digelar orang tua menjaga keharmonian masyarakat. 06

BAB 10 SARAWAK


1. Sistem keadilan orang Kadazan (untuk menjamin kesejahteraan / mengeratkan hubungan)
a. Jenis jenayah Bentuk ganti rugi digelar Perbuatan sumbang Kepanasan Melakukan pergaduhan Babas
    Merosakkan harta benda Sogit
b. Malapetaka akan menimpa sekiranya undang-undang tidak dipatuhi.
2. Rumah panjang –
- petempatan bagi masyarakat suku kaum Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, dan Kadazan
- Satu unit perkampungan, bersatu padu, keluarga besar dan aman damai
- ketua dipanggil Tuai Rumah berfungsi: 08
a. Menetapkan hari perayaan / pesta.
b. Menjaga keamanan
c. Menyelesaikan masalah anak buahnya.
3. Alat muzik Tradisional masyarakat
a. Gulieng – Serunai orang Iban
b. Bilikan – alat muzik orang Iban
c. Kaloree – alat muzik orang Penan
4. Orang Penan mempunyai kepercayaan kolot - tidak boleh hidup menetap, setiap kali berpindah apabila
     berlaku kematian. 
- dilarang menebang pokok besar atau melapangkan hutan.
5. Hari Gawai ( Tadau Keamatam) – upacara kesyukuran selepas menuai padi.
6. Orang Iban mengamalkan amalan menyemah tanah dan tidak membina rumah apabila terdengar bunyi 
    burung ketupung.
7. Kegiatan  Pribumi
Iban Padi huma
Kelabit Memungut hasil hutan
Melanau Menangkap ikan
Kegiatan ekonomi pribumi dipengaruhi oleh sumber alam, bentuk muka bumi dan penempatan. 

BAB 9 WARISAN KESULTANAN MELAYU



1. a. Penggunaan mata wang Tradisional penting untuk kegiatan perdagangan / entreport.
b. Contoh-contoh mata wang ialah :
- Bidor (di Perak)
- Mas dan Kupang (di Johor)

2. Sastera Lisan seperti Cerita Jenaka, Penglipur Lara dan Binatang adalah berbentuk hiburan dan pengajaran.
3. Kegiatan perdagangan Orang Melayu merosot pada kurun ke-19 kerana kegiatan perdagangan dibolot oleh Kuasa Barat.
4. Pendidikan awal (tidak formal) mementingkan agama, adat, pertukangan tangan dan asas kemahiran untuk berdikari.
5. Ukuran jarak jauh masyarakat Tradisional Melayu ialah seperti sepelaung, sepekan atau setanak nasi.
6. Ukuran panjang ialah hasta, depa, dan jengka.
7. Ukuran berat ialah cupak, gantang, dan tahil.
8. Cukai Kepala – dikenakan ke atas rakyat untuk membuat bunga emas oleh Kedah, Terengganu dan Kelantan.
9. Sistem Serah – memberi sebahagian daripda hasil tanaman kepada pemerintah.
10. Sistem Kerah – dipaksa bekerja tanpa upah.


BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU


Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Tua Baru

Kedah Perak Pahang
- menghantar ufti kepada Siam untuk keselamatan
- menghantar ufti kepada Burma apabila Burma telah menawan Siam (Siam dibawah naungan Burma)
- dipanggil Cheh-Cha oleh orang Cina.
- kuasa Bendahara Pahang kuat menyebabkan pengaruh Bugis lenyap di Pahang
- Sultan Pahang menggubalkan undang – undang Pahang ‘Daulat dan Derhaka’ untuk mengukuhkan 
   kedudukan raja.Terenggan Selangor Kelantan

Negeri  Sembilan
- Negeri pertama yang terdiri daripada persekutuan (gabungan beberapa daerah).
- Adat Pepatih lebih demokrasi / muafakat dan setiap orang terikat kepada peraturan. 08
- Hukuman untuk pemulihan
- Menghantar ufti / bunga emas kepada Siam untuk mengelakkan ancaman Terengganu.
- Cukai kepala dikenakan ke atas rakyat untuk membuat bunga emas.
- kuasa luar seperti Belanda dan Acheh hendak merebut kekayaan Bijih Timah di Perak. 
- Adat Temenggung lebih Autokratik, mengenakan hukuman berat mengikut Hukum Syarak untuk pengajaran

BAB 7 JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAKA

1. Faktor-faktor kebangkitan Johor (kurun ke-16&17 ) kerana
a. kejatuhan Potugis di Melaka
b. kemerosotan Acheh
c. persahabatan dengan Belanda (Belanda memberi keistimewaan perdagangan di Selat Melaka kepada Johor kerana membalas jasa Johor membantu Belanda menyerang Potugis di Melaka)
d. kecekapan/kebijaksanaan pemerintah Johor
e. kekuatan angkatan perang

2. Perang Tiga Segi (selama 100 tahun)
a. antara Johor, Portugis dan Acheh yang hendak merebut perdagangan di Selat Melaka
b. Ibu negeri Johor berpindah sebagai strategi peperangan kerana ancaman luar. Ibu kota Johor berpindah untuk mengelakkan serangan Acheh dan Portugis.(Sayung Pinang , Johor Lama,  Kota Tinggi  Batu Sawar)
c. Perang Tiga Segi berakhir apabila Johor bergabung dengan Belanda dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka.
d. Hasilnya, perdagangan Johor maju kerana Belanda memberi keistimewaan perdagangan kepada Johor.
3. Orang Bugis menguasai Johor secara berkahwin dengan puteri Johor, mencampuri urusan pentadbiran Johor dan menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.

BAB 6 KEMEROSOTAN MELAKA


1. Tindakan Sultan Muzaffar Syah mengatasi perpecahan dikalangan pembesar golongan Tamil-Islam
a. memujuk Tun Ali meletak jawatannya.
b. menceraikan isterinya untuk dikahwin kepada Tun Ali
c. melantik Tun Perak sebagai bendahara

2. Kemerosotan Melaka akibat :
a. perebutan kuasa pembesar / masalah perpaduan
b. persaingan kaum Tamil Islam dan Melayu Islam.
c. persengketaan pemerintah

3. Tuntutan Alfonso kepada Sultan Muhd Syah
a. dibebaskan tawanan Portugis
b. dibayar ganti rugi
c. dibenarkan membina kubu di Melaka (Melaka jatuh diserang oleh Portugis apabila tuntutan tidak dipenuhi 
    oleh Sultan Muhamad Shah.

4. Rakyat Melaka bersatu padu merampas balik jambatan penting yang diserang oleh Portugis.
5. Buku Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dijadikan bahan cerita semasa Portugis menyerang Melaka untuk
     menaikkan semangat juang askar untuk mempertahankan Melaka. 05/08
6. Faktor – faktor kejatuhan Melaka.
a. Portugis menerima rahsia ketahanan daripada Si Kitul.
b. Penggantungan kepada askar upahan yang melarikan diri / berpaling tadah.
c. Perpecahan masyarakat Melayu Islam dan Tamil Islam.
d. Bantuan beberapa tongkang daripada pedagang Cina.
e. Rebutan kuasa pembesar tempatan / masalah perpaduan.

7. Faktor-faktor kejayaan Portugis menakluk Melaka:
a. Tentera terlatih
b. Kepimpinan Alfonso
c. Bantuan tongkang dari luar (orang Cina)
d. Senjata moden

8. Kekuatan Portugis selama 130 tahun di Melaka kerana
- kekuatan kubu A’famosa

BAB 5 KEGEMILANGAN MELAKA

1. Kesan Hubungan Diplomatik denganChina (Hasil lawatan Laksamana Yin dan Cheng Ho).
a. penghantaran ufti ke Siam ditamatkan
b. Raja Melaka dapat pengiktirafan daripada Raja China (sepesalinan baju sutera, cop mohor dan payung 
     kuning). Negara China mendapat perdagangan di Selat Melaka. Kedaulatan terjamin.
c. Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan
d. dilindungi oleh China (keselamatan negeri terjamin). Bebas daripada ancaman Siam dan Majapahit. 

2. Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca di Kepulauan Melayu kerana merupakan :
a. bahasa rasmi Melaka
b. bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu

3. Perluasan kuasa Melaka oleh Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah
a. Kedah, Pattani, dan Beruas secara sukarela menjadi jajahan takluk Melaka.
b. campur tangan politik di negara Parsi sebagai rakan setaraf ( menolong Parsi mengalahkan Aru dan 
     menumpaskan golongan perampas takhta). 
c. penaklukan ke Tanah Melayu, Riau-Lingga, dan pantai timur Sumatera dengan mengarahkan pentadbiran  
    kawasan pegangan ini kepada pembesar sendiri untuk mendapatkan sokongan taat setia kepada Sultan.
d. perkahwinan politik ke Pahang, Kedah, Kampar, Siak, dan Jambi
e. menakluk Siak dan Kampar untuk mengawal pengeluaran emas.
4. Ketokohan Bendahara Tun Perak
a. Berwibawa dan cekap dalam tugasnya
– Digelar pelantik raja kerana berkuasa dalam pemilihan raja.
b. tidak menderhaka walaupun anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad. Akibatnya, Raja 
    Muhammad dibuang ke Pahang menjadi Sultan Pahang kerana Raja Muhammad tidak akan di pilih oleh 
    Tun Perak sebagai waris Sultan Melaka.
c. kepentingan negara melebihi keperluan keluarga dengan mengarahkan tenteranya membawa bersama 
    keluarga ke medan perang untuk menaikkan semangat perjuangan tentera.
d. bijak dan cekap menghadapi serangan dengan mengikat beratus-ratus obor-obor pada pokok kelapa 
    untuk menakutkan tentera Siam(kemantapan strategi yang bijak) 
5. Undang-undang Laut Melaka
a. pegawai kiwi, jurubatu dan malim adalah pembantu nakhoda.(nakhoda ialah raja di laut).
b. menyebabkan perniagaan berjalan lancar, selamat dan pelabuhan diurus dengan baik.
6. Hukum Kanun Melaka
a. hak istimewa Raja
b. tanggungjawab raja dan pembesar
c. unsur Islam dalam pentadbiran
7. Sultan Alauddin Riayat Syah – kepimpinan melalui teladan dengan meronda pada waktu malam untuk menjaga keamanan / keselamatan.
8. Penyebaran Islam oleh Melaka oleh Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah secara:
a. penaklukan
b. perdagangan (galakkan kepada pedagang asing)
c. askar upahan digalakkan
d. perkahwinan politik putera-puteri ke Pahang, Kedah, Siak dan Kampar
e. pendakwahan oleh ulama
9. Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah sangat berminat dalam persoalan agama.
- menghantar pembesar ke Parsi untuk mendapatkan jawapan tentang agama.
10. Institusi Kesultanan Melaka
a. bertanggungjawab mengembangkan agama Islam di Melaka. 05/06
b. Istana dijadikan tempat pertemuan ulama, tempat perbincangan, menterjemahkan kitab Islam dan 
     mempelajari agama Islam.
c. Islam menjadi agama rasmi dan tulisan Arab dijadikan tulisan Jawi.
11. Melaka juga digelar “Serambi Mekkah”
- tempat belajar urusan menunaikan Haji sebelum ke Mekkah.
12. Islam datang ke Melaka secara :
a. Perkahwinan
b. Pendakwahan
c. Perdagangan
13. Agama Islam mudah diterima kerana
a. Layanan istimewa daripada pemimpin
b. Keutamaan diberi kepada saudara sejagat
c. Prinsipnya mudah difahami